PENGENALAN SYARIKAT



Asia Herbal Biotech Sdn Bhd (AHB) adalah satu syarikat yang telah ditubuhkan pada bulan JUN 2010.
Syarikat ini mengeluarkan produk yang berasaskan CORDYSEPS. CORDYSEPS ini juga lebih dikenali
sebagai DONG CHONG XIA CHAO di kalangan masyarakat cina.











Cordyceps sinesis ialah sejenis fungus atau cendawan yang tumbuh subur di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian melebihi 3500 meter dari paras laut. Ia banyak di perolehi di pergunungan China, Tibet, Nepasl dan Himalaya.
Cordyceps sineses di kategorikan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai tinggi dalam perubatan tradisional China dan sains perubatan moden.


Cacing@Ulat Musim Sejuk, Rumput Musim Panas

Cordyceps juga dikenali sebagai cendawan ulat bulu. Dalam masyarakat China, ia dipanggil DongChongXiaCao yang bermaksud 'Musim sejuk ulat, musim panas rumput'
Semasa musim sejuk, spora Cordyceps memasuki badan larva dan memperolehi makanan daripada badan larva itu sehingga larva akan mati.
Semasa musim panas, cendawan akan tumbuh dari badan larva tersebut. Tinggi antara 3cm-10cm. Cendawan ini dinamakan Cordyceps.















SEJARAH CORDYCEPS

Penggunaan Cordyceps dalam perubatan China mula direkodkan dalam "Ben-Cao-Cong-Xin" (New Compilation of Materia Medica) oleh Wu-Yiluo semasa Dinasti Qing.
Orang China menggunakan Cordyceps sejak 3000 tahun lalu untuk merawat masalah paru-paru, hati, jantung dan penyakit buah pinggang, merawat barah, melegakan sakit, dan meningkatkan kesihatan dan panjang usia.
Cordyceps dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk menguatkan badan, mati pucuk, kelesuan akibat penyakit dan sakit badan.








                                                               PENANAMAN CORDYCEPS

1980:
Menggunakan kaedah penapaian (pemerapan) cecair. Ia dipasarkan dalam bentuk kapsul, wain atau minuman biasa.

1990:
Saintis Jepun dan Korea menggunakan puma ulat sutera sebagai asas penanaman stroma (fruit body) cordyceps.

Perkembangan Terkini :
Saintis telah berjaya menjadikan penanaman stroma berasaskan kepada perantaraan organik. Ini adalah penanaman tercanggih Cordyceps dengan menggunakan kaedah teknologi pada tertinggi. Hanya sedikit benih yang berkualiti dicambah menjadi stroma. Malah elemen yang paling efektif dan kuat hanya terkandung di dalam stroma.



No comments:

Post a Comment